4:57 PM

-JaNgAn mEnCaRi yG TrLaLu sEmPuRnA-

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ..........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba
memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang Lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

0 comments:

Siape yang patut pakai mask untuk mengurangkan penularan H1N1?

TANDA-TANDA INFLUENZA A (H1N1)

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:
-Sukar bernafas atau sesak nafas
-Bibir berubah menjadi biru
-Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
-Kejang pada bahagian leher
-Kelihatan keliru
-Mengalami sawan atau kekejangan
-Tidak membuang air kecil selama 12 jam

Antara tanda di kalangan orang dewasa:
-Demam berlanjutan selama lebih lima hari
-Batuk tanpa mengeluarkan kahak
-Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
-Sakit dada ketika bernafas Bibir berubah menjadi biru
-Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun
kelihatan seperti telah sembuh
-Pengsan

Bagi mencegah H1N1 anda haruslah mengamalkan perkara berikut:
1.Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda. 6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu